Cinta..
Ada apa dengan cinta?
Cinta umpama hati & udara,
Tanpa satunya, MATI.
Semua orang memerlukan cinta,
Bahkan setiap orang sedar atau tidak, sudah memiliki CINTA.
Cinta kepada Sang Pencipta, cinta kepada ibubapa & keluarga,
Malah, cinta kepada pujaan hati.
Ada yang berkata, cinta tidak bererti memiliki,
Ada juga yang berkata, cinta itu buta.
Malah ada juga yang berpendapat, cinta yang sejati akan datang tanpa dicari.
Terserah kepada individu mahu menilai apa.
Bagaimana rasa cinta itu dirasai terpulang kepada cara individu itu mewarnainya,
Jika hitam warnanya, maka suram lah percintaan itu,
Jika warna-warni yang dipilih, maka cerialah percintaan itu.
Ada yang berpendapat cinta itu ibarat kopi,
Kita yang menentukan rasanya,
Jika terkurang gula, pahit. Jika terlebih gula, sakit,
Lebih nikmat jika gulanya sederhana.
Cinta juga ibarat kopi yang nikmat diminum tika panas,
bila ia dingin, rasanya mungkin tak senikmat tika ia masih panas.
Tapi, jika terlalu banyak meminum kopi, sakit.
Begitulah CINTA,
Jika terlalu berlebihan pasti akan sakit.
Mencintai biarlah sederhana, jangan kita terlalu berlebihan,
Kelak kita juga yang sakit apabila kehilangannya.
Orang kata lebih baik dicintai dari mencintai,
Kerana mencintai sesuatu yang tak pasti akan menjadi luka yang lama-lama boleh menjadi nanah.
Cinta yang suci hanya datang sekali, kejarlah ia, jagalah ia..
Jadilah seperti Adam dan Hawa, kelak cinta itu pasti berkekalan..
- Hannah Mirza, 28/3/2012 :)
p/s: Puisi ni aku buat sendiri. Ilham tiba2 datang, so aku pun tulis kat sini ;)
Sorry tang tak kena mana2, aku bukan sasterawan negara x)